Ahad, 16 Ogos 2015

Diy Penjimatan Petrol

tip jimat petrol

dalam kepedihan tekanan ekonomi gst dan kejatuhan nilai rm,
hidup mesti diteruskan dan pergerakan kenderaan juga sesuatu yg ada dalam hidup.

life must go on

apa yg mampu saya fikir bila berkata tentang jimat minyak.
hmmmm
tekanan angin tayar
adalah penting untuk menyelaraskan tekanan angin tayar kenderaan kerana ia
membawa kepada beban yg ditanggung enjin dan penggunaan petrol.
so pastikan tekanan di periksa dan diselaraskan dengan sempurna seminggu sekali.

palam pencucuh @ plug
ia adalah alat penting untuk melakukan pembakaran dalam enjin. plug biasanya ada
jangka hayat yang tersendiri namun adalah lebih bijak jika kita tukar awal
sedikit supaya fungsi optimum dapat dicapai dan menjimatkan petrol anda.

Penapis udara
ia adalah alat untuk menapis segala habuk degil supaya tidak masuk ke kebuk pembakaran.
biasanya ditukar setahun sekali, namun jika pemeriksaan mingguan menunjukkan ia
kotor dan tidak boleh di selamatkan, berbaloi jika ia di tukar kerana jika
ia tersumbat, udara yg masuk tidak selancar yg di harapkan dan campuran jadi pekat,
pembakaran tidak efisyen dan memaksa penggunaan lebih petrol.

Tuning Enjin
adalah dicadangkan untuk melakukan tuning enjin ini kerana semasa proses ini,
enjin anda akan di selaraskan semula untuk prestasi, pembakaran, pembuangan gas,
dan penjimatan terbaik. selain menjimatkan petrol, ia boleh membantu menjaga
alam sekitar.


alignment kereta
penjajaran bagi sebuah kereta tidak boleh di pandang ringan kerana jika ia
tidak stabil, ia memaksa enjin bekerja lebih untuk mencapaiapa yg driver mahu.
lebih kerja, lebih lah petrolnya.

timing memandu
adalah tidak bijak jika kita sampai awak beberapa minit ke sesuatu lokasi tetapi
penggunaan petrol jauh lebih dari biasa. membazir je. baik memandu secara
stabil contohnya 80km/j dan sampai beberapa menit lewat tapi banyak penjimatan.
pandu laju, maut menunggu.

kurangkan trip
tahukah anda, dengan memandu kluar beberapa kali dalam sehari, contohnya pagi ke
kedai beli sarapan, tengahari p bei santan, petang p jumpa kawan, dah berapa kali kluar?
kan baik jika di kurangkan kepada sekali kluar, rancang baek2 sebelum kluar.
jimat petrol, jimat masa. jimat tenaga.

trafik light @ jam.
ni dah kira makanan ruji bagi yg tinggal di kawasan berkepadatan tinggi.
nak kena berhenti n jalan sikit2 jauh n lama plak tu. mmg sakit hati.
apa ada hal, gunakan smart phone korang semua untuk elakkan masalah ni.
aku yang guna nokia 5800 pun boleh set untuk elak masalah ni,
yg guna android lagi senang. waze kan ado.

rintangan angin
adalah di cadangkan untuk menutup tingkap semasa memandu supaya dapat mengelakkan
rintangan angin dan menyebabkan drag kepada kuasa enjin kita. pakai aircond kan sedap.

roof rack
benda ni tak banyak kereta pakai, tapi kepada yang pakai tu, ini juga adalah satu
beban kepada kereta anda kerana ia ada rintangan angin, tak kira sebagus mana pun salesman
roof rack tu sembang.

useless item
sekarang mari kita kurangkan beban kereta, sila buka semua pintu kereta anda dan periksa
ada x barang x perlu dalam kereta,
contoh macam pasu bunga, beras, jek buaya, set sepana heavy work.
jika ada, sila keluarkan, buat berat je.
berat = banyak pakai petrol.

excessive iddle
contoh macam pagi2, x payah lah panaskan enjin sampai 15menit, start enjin n tggu seminit dah cukup.
kali stop nak amek anak sekolah, tggu sesapa ke, trafik light ke,
jika lebih 60 saat, baik mati enjin, membazir je petrol di bakar tanpa di guna.

auto cruise
jika kereta anda ada auto cruise, baik di gunakan semasa perjalanan jauh sebab had
laju yg stabil adalah lebih menjimatkan petrol.

kebersihan body kereta
selain imej, kebersihan body kereta amat membantu aerodinamik sesebuah kereta kerana
kereta yg kotor akan ada rintangan angin dan ini menyumbang kepada penggunaan lebih petrol.

fuel cap
sila periksa dan pastikan fuel cap dalam keadaan baik kerana jika ia tidak berfungsi
dengan baik, petrol boleh meresap keluar melaluinya. bukan lama pun nak periksa benda alah tu.

minyak pelincir
sila tukar minyak pelincir bila sudah sampai masa kerana jika ia dah expired, fungsi pelinciran
mungkin tidak semantap mana dan ini membawa kepada lebih penggunaan petrol.

kongsi kereta
ini langkah bijak sebab mengurangkan penggunaan petrol, kurangkan sesak, jimatkan lot parking.

public transport
ni pilihan paling malas, pakai kenderaan awam la senang, baya je tiket, x mau pk dah tentang petrol n tol.

rasanya banyak lagi yg boleh di kongsi di sini, sila kongsikan pengalaman dan pendapat anda di bawah.
tq.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan