Sabtu, 22 Ogos 2015

Diy Mencuci Bontot Kuali

assalamualaikum,

bertemu lagi dalam blog yg tak seberapa ni.
bontot kuali, atau bahagian kuali yg berada di sebelah api, adalah satu bahagian yang selalu
menjadi imej bila di sebut kuali.
kenapa?
sebab hitam.
tapi yg ini hitam sahaja, tidak jahat.

yang hitam itu adalah jelaga dari nyalaan api dapur gas.
so susah untuk menyentalnya, kalo x sental plak, kuali lambat panas.
di zaman gst dan nilai matawang yg dilepaskan tambatannya ni, kelewatan
kuali panas berkadar terus dengan penggunaan lebih gas untuk memasak.
ini menimbulkan rasa tidak happy di hati sang suami yang berpendapatan 4k dan kebawah ni.

so hari ini saya menyarankan suami isteri take team membersihkannya.

bahan2nya mudah je.
kuali atau periuk yg hitam buntutnya
mesin drill
berus dawai(beli di kedai eco)
sesudu kesabaran dan segenggam kerjasama.


fa-daaa....

dah bersih pun.
lalalalaaaa.
hati pun senang.
lepas di mesin ni adalah di cadangkan untuk menggosok seround dua bahagian dalam kuali
dengan iron spool untuk mensmoothkan permukaan jika ada yang kasar.
kalo rajin buleh la autosolkan.
kuali je kot...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan