Jumaat, 14 Ogos 2015

Diy Donut Lobak Merah

Assalamualaikum.

sedapnya minum air lobak susu, emmmm
apa pula tarjadi kepada sisa lobak yg di tapis tu?
apa?
buang, jangan lah.
tak baik membazir.


so mari jadikan dia donut.

aku punya donut ni tahap org malas

bahan2?
tepung gandum
hampas lobak
yis
secubit garam

caranya?
memula masukkan yis n garam dlm air suhu bilik n tggu berbuih.
air tak payah banyak sangat
gaulkan sisa lobak(hampas) dengan tepung gandum.
tambahkan bancuhan yis tadi.
gaul n uli sampai mendapat tekstur yg mesra.
perap dalam 3 jam untuk membolehkan yis bertindak balas.
selepas 3 jam, adunan cantik pun menjelma sudah.
bentukkan sesuka hati anda.
apa pun, ia tetap donut.
saya suka buat bulat n jejari, cute sangat.
goreng dengan minyak panas sehingga warna kekuningan..
tos kan minyaknya.
tunggu hingga agak suam untuk makan sebab tidak elok meniup mknn yg masih panas.
kenapa?
sebab karbon monoksida dari nafas kita akan menjadikan makanan tadi berasid.
dah siap.
rasanya agak manis sebab lobak tu sendiri ada manisnya.

sebab tu fang suka donut ni.

fyi
lobak ni banyak khasiatnya.

Mata: Lobak adalah sumber yang kaya dengan Vitamin A dan B yang membantu anda untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik.

Kanser: Lobak meningkatkan kuasa imuniti dan juga membantu untuk memerangi kanser.

Kolesterol: Makan satu lobak merah setiap hari membantu anda untuk mengeluarkan kolesterol yang tidak baik daripada badan.

Otak: Lobak mempunyai lebih banyak kalori yang membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak.

Tekanan: Untuk melegakan dari tekanan, minum segelas jus lobak merah setiap hari.

Jantung Sihat: Lobak diperkayakan dengan Beta-karotena, Alfa-Karotena dan Lutein yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Membersihkan Badan: Lobak mempunyai serat yang membantu untuk membersihkan kolon dan mengurangkan lemak di dalam hati.

Antiseptik kuat: Sumber mengatakan herba lobak boleh digunakan untuk mencegah jangkitan. Mereka boleh digunakan pada luka mentah masak atau dicincang.

Anti-Penuaan: Beta-Karotena yang terdapat dalam lobak merah membantu melambatkan penuaan sel-sel di dalam badan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan