Ahad, 29 Mac 2015

diy tempat memanggang.

hujung minggu,
hari untuk menghabiskan masa bersama keluarga,

antara aktiviti bersama yg boleh dilakukan adalah bbq.

nak beli tin tempat panggang yg biasa d jual d hardware tu, mahal sgt, so aku gunakan bahan yg ada sudah.

kali ni aku gunakan
dapur arang
jaring dawai
arang
fire starter
lighter
kipas komputer
power supply.
ayam di perap rapi

mula2 jaring dawai di potong dan di masukkan ke dalam dapur arang untuk menjadi tempat dimana arang diletakkan, ia berfungsi meninggikan arang dan memberi ruang udara sejuk masuk dari bawah demi membantu pembakaran.

fire starter dihidupkan menggunakan lighter dan diletakkan elok2 bersama arang  dan dibiarkan sementara untuk memberi kesan terbakar pada arang tersebut.

kipas komputer yang disambungkan kepada power supply di sangkutkan di pintu angin dan dihidupkan secara berkala bergantung kepada situasi semasa.ia menghembuskan udara kedalam dapur dan membantu memarakkan pembakaran.

setelah bara agak terhasil, letakkan jaring dan ayam ke atas jaring, proses memanggang pun di mulakan.

projek ni agak mudah kerana hanya melibatkan barang terpakai di sekeliling rumah.
 ayam sedang dibakar/panggang
 di lobang inilah kipas disangkutkan untuk menghembuskan angin
 power supply komputer yang telah di ubahsuai untuk jadi pembekal arus 12v n 5v
 kipas yang diambil dari power supply rosak.
terlihat arah arus dinyatakan di body kipas asalkan penyambungan wirenya betul.

kos?
dapur arang - (jumpa)
jaring dawai - (lebihan diy lain)
arang - (rm12 harga beli tahun 2012 dulu)
fire starter - (rm 3 harga beli tahun 2012 dulu)
lighter - (jumpa)
kipas komputer - (amek dari power supply rosak)
power supply - (amek dari komputer rosak)
ayam di perap rapi - (beli di kedai dan di perap oleh puan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan