Jumaat, 14 Ogos 2015

Diy Kaya (makanan)

Assalamualaikum...

minggu ni aku demam, namun tetap meneruskan tugas sampai lah dah x tahan lagi sakit kepalanya, trus ke clinic, setelah pemeriksaan di jalankan, tekanan darah berada di paras membimbangkan pihak doktor, aku x bimbang pun pasal tak tahu.
so dokter panggil aku berehat dan dapatlah mc dua hari.

dalam terkebil2 melihat siling rumah, aku teringat kenangan kanak2 dulu, mkn roti sapu kaya.
enak.

trus aku menggoogle mencari resepi.
eh, mudah sangat resepinya.

mudah juga bahan dia,

  1. santan setengah biji
  2. telur kuning 3 biji
  3. gula beberapa sudu
  4. 1.5 sudu tepung gandum di bancuh dengan 2 sudu air.
  5. secubit garam
  6. pewarna hijau
  7. daun pandan
  8. kesabaran
cara2nya
masukkan semua bahan tadi kecuali daun pandan ke dalam satu bekas, kacau dengan garfu.
agak2 suma dah sebati rasa dan warnanya, tapis ke dalam kuali.
masukkan daun pandan simpul.
idupkan api slow je dan kacau slow2 supaya tidak hangit di bahagian bawah.
anggaran dalam 15 menit aktivity mengacau ni sampai ia pekat.

tuang dalam bekas untuk di sejukkan.
ank bujangku dah curi2 mkn masa masih suam dgn mengomel2 dap dap


Tiada ulasan:

Catat Ulasan