Sabtu, 14 Mac 2015

Diy signal berkelip laju

Aku adalah pengguna jentera toyota ke70 kelahiran tahun1980. dah tua pun.

Baru2 ni ada masalah lampu signal belakang tidak berkelip dan lampu reverse tidak menyala.

so sesi bedah siasat dijalankan. Lampu reverse tidak menyala kerana tapaknya sudah hancur di mkn karat.
Mudah je, aku gantikan dengan mentol led, buh dua biji agar seimbang.
Gam dgn hot glue je. Selesai masalah.

Masalah lampu signal pula hampir sama, cuma karatnya tak teruk sangat. Gosok semula body mentol holder dan tukar mentol yg berkarat tu, mungkin mentol tu dari jepun. Sama2 datang malaya tahun 1980 dulu.

Selesai masalah.

Kos?
mentol led rm1.50,
mentol signal rm1.00,
Hot glue,
Masa n tenaga.

Sikit2 aku akan baiki kau wahai kereta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan