Jumaat, 14 Ogos 2015

Diy Lobak Susu

Assalamualaikum,

Dalam duk berehat di hujung minggu, teringin plak nak minum lobak susu.

mana nak cekau resepi, pk logic sudah laaaa.

bahan2?
lobak segar dari pasaraya.
pisau potong kulit kentang
blender
susu
kerajinan

cara2nya?
mudah saja.
sebiji lobak yang di buang kulitnya di basuh.
dah basuh, bersih, potong lobak tu dengan pisau tadi, slice nipis supaya blender mudah menghancurkannya nanti.
aku guna sebiji je sebab besar.
siap slice, masukkan dalam blender mug, isi air sampai 1 liter punya level.
blend sampai puas hati.
tapiskan lobak blend tadi dan tambahkan susu.
anda boleh pilih susu pekat atau susu rendah lemak.
letak beberapa ketul ais
ready to drink.

mudah dan murah, jika di kedai, air ni secawan rm2.50(beberapa tahun dahulu)

selamat mencoba

fyi
lobak ni banyak khasiatnya.

Mata: Lobak adalah sumber yang kaya dengan Vitamin A dan B yang membantu anda untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik.

Kanser: Lobak meningkatkan kuasa imuniti dan juga membantu untuk memerangi kanser.

Kolesterol: Makan satu lobak merah setiap hari membantu anda untuk mengeluarkan kolesterol yang tidak baik daripada badan.

Otak: Lobak mempunyai lebih banyak kalori yang membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak.

Tekanan: Untuk melegakan dari tekanan, minum segelas jus lobak merah setiap hari.

Jantung Sihat: Lobak diperkayakan dengan Beta-karotena, Alfa-Karotena dan Lutein yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Membersihkan Badan: Lobak mempunyai serat yang membantu untuk membersihkan kolon dan mengurangkan lemak di dalam hati.

Antiseptik kuat: Sumber mengatakan herba lobak boleh digunakan untuk mencegah jangkitan. Mereka boleh digunakan pada luka mentah masak atau dicincang.

Anti-Penuaan: Beta-Karotena yang terdapat dalam lobak merah membantu melambatkan penuaan sel-sel di dalam badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan