Sabtu, 27 Jun 2015

Diy baiki pintu tak boleh buka

assalamualaikum,
biarpun ada yang bosan baca blog saya ni, x pe, x kisah pun, janji saya dapat menaip pengalaman tak seberapa saya di sini.

sejak memiliki kereta ke70 DX ni, ia dah ada masalah yang sama dengan ke70 GL saya dulu.
masalah pintu tak boleh di buka dari dalam, hanya di sebelah driver.

hari ni saya ada sikit kelapangan dan semangat menginvestigate.

membuka panel pintu kereta agar saya dapat melihat struktur mekanisma pintu ni, sebenarnya beberapa bulan lepas saya dah buka gak, cuma masa tu belum ada ilham.

setelah di belek2, saya mendapati pembuka dari luar memang tiada masalah dan pembuka dari dalam mcm tak sampai ke level membuka walau pembuka di adjust le level maksima.

bila pembuka pintu dari dalam di tarik, ia akan menggerakkan satu besi sebagai tuas untuk mengangkat besi pembuka dan besi pembuka inilah yg telah haus.

semasa pintu ini baru di pasang, besi pembuka sepatutnya berkeadaan baik dan mantap mcm ni.
namun atas dasar sifat semulajadi bahan yang menghaus seiring masa yg berlalu, keadaan dia dah mcm ni sekarang.
kesian kan?
aku pun carilah wire lama dan buh dalam lekuk tu sebagai penyendal supaya ia berfungsi semula.
penyendal tu di letakkan secara bersahaja dan ia ngam2 masuk,
sekarang pintu driver dah boleh di buka dari dalam.
alhamdulillah.

modal diy kali ni hyalah ilham dari yang maha Esa dan sedikit kerajinan psal nak kena buka pasang panel pintu kereta yg semestinya leceh kepada beginner.
tak buat tak tahu.
pintu ke70 saya yg dahulu saya tak repair sebab rm100 tokey tu minta untuk tukar satu set. rupanya tak perlu tukar, perlu buat sikit trick je.

jimat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan