Ahad, 12 Julai 2015

Diy Tukar Minyak Axle & speedgear

Alhamdulillah,

bertemu lagi kita,
ada sikit lagi pluang menulis dalam siri DIY aku yg ngarut ni

adapun sumber maklumat dan inspirasi aku menDIY ni datangnya dari Allah melalui medium internet.

menjelang hari raya aku memandu kesana sini mendapatkan bahan2 mencukupkan keperluan nak raya.
terasa ada kelonggaran dan ketidak sedapan dalam penukaran gear.

sejenak termenung dan memikirkan, rupanya dah setahun aku x usha2 minyak gear.
aduh, trus aku p mendapatkan minyak
repco ep140 untuk axle
nasa ep 90 untuk speed gear
dan gear oil treatment dari jenama nasa

nilah pengalaman pertama aku buat benda ni memandangkan tahun lepas aku buat benda ni mencecah rmxxx
so tahun ni aku nak buat sendiri demi menjimatkan kos di zaman GST ni.

bahan2

  1. minyak2 di atas
  2. white tape
  3. sepana box 24
  4. sepana 19
  5. jek 2 biji
  6. rim 2 biji
  7. kayu 2x4 6pcs
  8. botol sos
  9. getah paip agak2 dua hasta
  10. calung
  11. secubit kesabaran


memula aku buat minyak axle memandangkan ia mudah di capai
baring je dah buleh kerjakan.

  1. pastikan anda membuka skru masuk minyak dahulu sebelum membukak skru buang minyak.
  2. kenapa?
  3. coba kalian pikirin, jika minyak dah kluor, then skru masuk minyak x leh buka, mcm mana nak heret keta tu p pomen?
  4. biarkan minyak lama minitis habis sebelum menutup skru kluar minyak.
  5. aku biarkan sejam.
  6. balut skru anda dengan white tape sebelum pasang semula dan pastikan skru yang ada magnet berada di lobang minyak keluar.
  7. supaya habuk2 besi dapat di tarik oleh magnet tersebut
  8. pasang semula skru untuk lobang minyak kluar.
  9. aku pam sikit gear oil treatment kedalam sebab bakinya untuk kotak speed gear.
  10. masukkan minyak ep140 kedalam botol sos dan pam ke dalam melalui lobang masuk minyak.
  11. botol pertama anda boleh hantam pam laju2.
  12. botol kedua perlukan sedikit kesabaran sebab kena perhatikan minyak meleleh, tu tanda dia dah penuh.
  13. dah meleleh, sila psang semula skru masuk minyak dan boleh drive sekitar 1km dan periksa semula paras minyak untuk double kompom.

selesai pun bab minyak axle, so lps ni minyak speed gear pula.









1 ulasan:

  1. terima kasih, oleh sebab ni pengalaman pertama tuan.... nak double kompom betul ke cara tuan buat? sebab saya nak cuba buat jugak..

    BalasPadam