Sabtu, 14 Mac 2015

Diy repair blower aircond

Aku adalah pengguna jentera toyota ke70 kelahiran tahun 1980 dari variasi DX.
Dah 35thn pun usia dia. Baru2 ni aircond dia fail, buka speed 3 pun slow je hembusan udaranya.
Setelah mengoogle aku buka la utk periksa, memang satu pun aku x faham.
Ok.
Cek punya cek aku dapati wiring blower dia amek letrik dari wire acc, direct. Kasihan wire tu. Patut la owner lama kata jgn buka blower fan sampai speed 3, kalo x fius putus.
Malas pk byk, aku tarik new Wire line, satu suis pergi dua relay, relay pertama adlh relay kipas kat depan.
Knape kipas di depan?
Sebab enjin ke70 ni guna kipas direct enjin, so kalo masuk bandar, stop di trafic light, risau temp naik, that y aku support dgn kipas elektrik ni.
Satu lagi relay adlh relay blower, ia ambil power direct batery masuk ke blower, so aku punya fius patut dah tak mudah terbakar.
Di suis blower ada 5 kaki dgn 3 speed, so satu input 12v, 3 output ke perintang dan satu output ke termostat.
Termostat akan berfungsi mengONkan compressor aircond dan akan mengOFFkan bila mencapai julat suhu yg di kehendaki. Biasanya aku tengok ekor termostat ni duk di muncung blower.
Perintang pula berfungsi untuk melaraskan kelajuan putaran blower untuk keselesaan pengguna. Biasanya perintang duduknya dalam blower(sejuk) kerana ia menghasilkan haba semasa digunakan.
So setelah melakukan wiring lengkap, litar di uji sebelum kemasan cable di lakukan.
relay yg aku gunakan adalah dari jenama hansa, murah sikit dari bosch.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Kini keta aku dah ada aircond semula. Esok nak kemaskan cable pula.


boleh juga buat mcm bawah ni jika nak jimat kos la, satu relay je pakai.

1 ulasan: