Ahad, 29 Mac 2015

Diy perap ayam

ayam,
adalah binatang yg sangat biasa dan rutin dimakan di seluruh dunia.

ayam panggang,
ayam yg telah diperap dengan rempah tertentu, dalam tempoh masa tertentu, selepas melaui proses2 tertentu.

gi mana ya mau membuat ayam yang enak?
mudah aja,
dimulakan dengan bismillah.

biasanya proses ini dibuat oleh puan kerana dia lagi mahir berurusan di dapur, bahan pula mudah.
bahan?
bawang merah
bawang putih
kunyit
halia
cili padi
lada hitam
jintan manis
garam
limau nipis

tu je yg digunakan
kuantiti agak2 lah sebab aku lebihkan halia dan cili untuk lebih pedas...

bahan kering di blend dahulu,
kemudian baru blend bahan basah,
setelah bahan basah hancur, masukkan bahan kering yg dah siap blend dan gaul rata2

ayam dipotong mengikut saiz kesukaan kalian,
basuh bersih2 tanpa guna sabun,
gaulkan dengan bahan perap yg digaul rata tadi,
perahkan sebiji limau nipis dan simpan dalam peti semalaman
jika nak panggang petang, pagi dah boleh siapkan bahan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan