Isnin, 23 Mac 2015

diy pasang span penapis udara motor kriss

hari ini sempena hari besar sultan dan permaisuri johor, kami sejohor bercuti.

aku pun seawal jam 8 pagi dah tercongok kat sebelah motor, tarik rantai motor yang sudah kendur dan memeriksa keadaan semasa motor kriss 120cc pemberian arwah dadyku.

baru2 ni aku mendengar bunyi dlm enjin lebih kuat dari biasa, mengikut pengalaman yg tak seberapa aku ni, ai mcm bunyi semasa aku buka span penapis udara, tapi motor ni mana pernah aku buka.

so bertemankan ank sulong yang sentiasa sibuk main sepana aku, aku membuka bakul dan coverset motor ni. setelah siap togel, aku pun mula mengeluarkan jantung ataupun kotak penapis udara.

kenapa panggil jantung?
sebab motor pertama aku adalah honda bulat jenis c70 lama yang carb dia psg trus ke blok tu.
penapis udara model motor tu berupa mcm jantung, tanpa penapis taw.

berbalik kepada kotak penapis udara motor kriss,

sebaik aku membuka skru pada kotak penapis udara ni, bunyinya begitu seragam, aku syak ia tidak pernah dibuka sejak dipasang di kilang modenas dahulu. virgin ni.
buka je terlihat jelas bahawa span penapis udara dah rompong, benda dah lama, so selama beberapa bulan ni mungkin motor ni dah menyedut udara tanpa tapisan, melalui carb trus ke kebuk pembakaran.

tak boleh jadi ni, trus aku ke kedai dan bertanya,
amboi, span comel tu rm10 harganya.

its ok, barang tu lu simpan semula. gua balik dengan hati yg lara.

aku mendapat satu idea, guna span basuh pinggan wife aku yang aku baru belikan sebundle di kedai eco rm2. kepada tokey kdai eco, ini bukanlah satu promosi untuk kedai anda. tapi memang barang di kdai eco ni, dlm kategori harga mampu beli.

kotak penapis tu pun dibasuh bagi membuang sisa span hancur yg masih ada.

span tu aku belah tengah2 biar agak sama tebal dengan span yg aku tengok di kedai motor tadi, dah siap belah, slow aku fixkan span tu ke lokasi sebenar penapis udara, potong sikit2 mana yang terlebih.

tadaaaa.......
dah ada span, so pasang lik cover span dan jaring penahan.
kenapa span 2 warna? sebab anak bujang aku bawa lari sebahagian dari span yg aku potong, adoi la nak....
jaring penahan ni aku lapisi dengan helaian tisu basah ank aku supaya jika ada habuk yg berjaya melepasi kawalan span tu, ia akan tersangkut pula di helaian tisu tu. nama je tisu basah, aku dah keringkan pun tisu tu.

dah siap pun diy kali ni,
so span penapis udara dah ada, sepatutnya fungsi penapis udara ni dah berjalan semula. 
aku pasang semula penapis udara ni kat motor dan start, lancar dan senyap sikit bunyinya.

maafkan aku motor sebab tak perasan masalah ni, kesian ko sedut habuk hari2.

kos?
span rm0.40
tisu basah sehelai.
masa dan tenaga.

penjimatan 
rm10.00 tolak rm0.40 = rm9.60

kenapalah span comel mcm tu sampai rm10, aku salah kedai ke?
apa pun, dah siap pun diy kali ini.

pengurangan itu satu kelebihan, kita mampu lakukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan