Ahad, 22 Februari 2015

diy test pen

Assalamualaikum,
semasa melakukan kerja2 wiring mudah di kenderaan, pastinya memerlukan beberapa bahan asas seperti skru driver, playar. selotep dan alat untuk menguji kehadiran arus elektrik.

ianya adalah sebuah alat yang ringkas tapi banyak manfaatnya.

saya membuat alat ini berpandukan ajaran seorang rakan (zaidillah albi).
versi asal alat ini menggunakan mentol dari lampu brek terbuang, memang mudah digunakan kerana mentolnya akan menyala asalkan ada arus +&- sahaja.
masalahnya kena buat kerja dua kali pula untuk mencari plus n minus.

setelah berfikir seketika saya mencoba sedikit pembaharuan dengan mentol LED yang ada +&-. mudah untuk saya periksa kehadiran arus dan sekali dengan arah arus.

bahan2:-
mentol LED
sebatang skru driver rosak
penyepit logam
wire yang sesuai.
pastinya bahan seperti ini banyak di sekeliling rumah.

mula2 standbykan wire, kopek(strip) hujung wire.
standbykan mentol LED dan pastikan plus n minus kakinya.

sambungkan wire yang dah strip ke kaki negatif LED

sambungkan kaki positif LED kebahagian logam skru driver.

gunakan khidmat hot glu gun untuk melekatkan 3 item tadi.


sekarang tumpuan di bawa ke hujung wire pula, sambungkan ia dengan penyepit logam.

gam dengan hot glue juga.

uji alat ini dengan menggunakan batery.

saya gunakan sambungan batery 6v ini kerana ia mudah.
menggunakan mentol LED yang di recycle dari mainan anak yg dah rosak(jimat).
LED tersebut dah ada perintang di kaki negatifnya.
minimum 3v dan maksimum 12v yang pernah saya coba.
jika salah cantumannya, lampu tidak menyala.


mudah sahaja konsepnya.
cuma rupa alat sahaja bergantung pada keselesaan anda.
saya buat dua model memandangkan ada dua LED


selamat mencoba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan