Ahad, 22 Mac 2015

diy impianku

manusia suka berangan, idea dan impian.

aku pun suka.

Air Air-cond

aku pk, kalo lah air aircond yg biasa terbuang ke longkang, di tadah ke dlm satu kolam plastik,
dah jadi reserve air tu, boleh guna untuk tangki flush tandas, siram pokok, basuh kereta dan mcm2 lagi lah.
so dah kurang menggunakan air terawat. jimat kos.

seiring dengan kemajuan kenaikan harga barang, pengurangan kecil adalah satu kelebihan.
kita mampu memulakannya.

--------------------------------------------------------------------------------------------
Air paip.

kos rawatan air mahal, banyak proses terlibat dari air mentah di sungai sehingga ia sampai kepada pengguna.

kasihan mereka yg berkerja di pusat rawatan air, susah payah mereka merawat air sampai ia mampu diminum begitu sahaja bila sampai ke rumah, taw2 di guna untuk flush tandas dan mencuci kereta. mcm membazir kan?

seiring dengan kemajuan kenaikan harga barang, pengurangan kecil adalah satu kelebihan.
kita mampu memulakannya.

kalo la aku duk kampung,

  1. nak je aku sedut air perigi dan simpan kedalam tangki tadahan.
  2. semasa proses pam air ni ke tangki, ia akan melalui penapis dan sepatutnya agak bersih dari bahan terampai.
  3. nk double kompom, pasang dua filter.
  4. nk triple kompom, pasang tiga filter.
  5. tangki tadahan ni agak tinggi, atas siling la, standard la.
  6. sepatutnya air tu dah boleh digunakan untuk flush tandas, siram bunga, basuh baju, basuh pinggan mangkuk, basuh kereta motor lori bas, tukar air aquarium.

so air bersih terawat digunakan untuk memasak, minum dan mandi.
barulah ia lebih dihargai dan bermakna rawatan yang telah dibuat tu.

sekadar secebis angan2.
------------------------------------------------------------------------------------

berjalan dan merayap di hujung minggu membuka satu lagi angan2 baru,

membuat perabut rumah sendiri, ku perhatikan sekitar, banyal kayu pallet terbuang, bergelimpangan, tanpa pembelaan.

kalaulah aku kutip, sukat, potong, paku, buat kemasan dan cat, patutnya dah boleh jadi perabot seperti kerusi meja mkn, almari tv, cabinet dapur, rak buku dan beberapa item lagi yang belum berjaya saya pk buat masa ni.

angan2 dah ada, perlaksanaan tu bila?
---------------------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan