Isnin, 6 April 2015

kereta ku senang mati enjin

semalam aku merayap sekeluarga,

hujan, pasang aircond, jalan tak jauh bila tak tekan minyak, enjin mati, jalan lama sikit baru ok.

petang semalam, masa nak keluar ke rumah kawan pun sama, start enjin, jalan, enjin mcm nak mati.

tadi masa keluar dari pasaraya today pun sama, buka lampu je enjin drop, kena tekan minyak jap baru ok.

dari kenyataan di atas, apa yg dapat di simpulkan?

pada pendapat aku yg x professional ni, aku rasa belting alternator dia longgar/kendur, so x berapa power nak cas semula karen semasa aku drive sebaik sahaja enjin di hidupkan, keadaan berlainan jika aku hidupkan selama 5 menit, kemudian baru jalan, mcm batery dia dah di cas semula dlm 5menit tu, tu hanya pendapat hentam kromo aku je lah.

so aku cuba juga untuk memantapkan kembali tegangan tali sawat alternator kereta aku tu.
sebarang perkembangan terbaru aku pasti mahu catatkan di sini.

sehingga itu, tungggguuuuu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan