Ahad, 29 Mac 2015

Diy perap ayam

ayam,
adalah binatang yg sangat biasa dan rutin dimakan di seluruh dunia.

ayam panggang,
ayam yg telah diperap dengan rempah tertentu, dalam tempoh masa tertentu, selepas melaui proses2 tertentu.

gi mana ya mau membuat ayam yang enak?
mudah aja,
dimulakan dengan bismillah.

biasanya proses ini dibuat oleh puan kerana dia lagi mahir berurusan di dapur, bahan pula mudah.
bahan?
bawang merah
bawang putih
kunyit
halia
cili padi
lada hitam
jintan manis
garam
limau nipis

tu je yg digunakan
kuantiti agak2 lah sebab aku lebihkan halia dan cili untuk lebih pedas...

bahan kering di blend dahulu,
kemudian baru blend bahan basah,
setelah bahan basah hancur, masukkan bahan kering yg dah siap blend dan gaul rata2

ayam dipotong mengikut saiz kesukaan kalian,
basuh bersih2 tanpa guna sabun,
gaulkan dengan bahan perap yg digaul rata tadi,
perahkan sebiji limau nipis dan simpan dalam peti semalaman
jika nak panggang petang, pagi dah boleh siapkan bahan ini.

diy tempat memanggang.

hujung minggu,
hari untuk menghabiskan masa bersama keluarga,

antara aktiviti bersama yg boleh dilakukan adalah bbq.

nak beli tin tempat panggang yg biasa d jual d hardware tu, mahal sgt, so aku gunakan bahan yg ada sudah.

kali ni aku gunakan
dapur arang
jaring dawai
arang
fire starter
lighter
kipas komputer
power supply.
ayam di perap rapi

mula2 jaring dawai di potong dan di masukkan ke dalam dapur arang untuk menjadi tempat dimana arang diletakkan, ia berfungsi meninggikan arang dan memberi ruang udara sejuk masuk dari bawah demi membantu pembakaran.

fire starter dihidupkan menggunakan lighter dan diletakkan elok2 bersama arang  dan dibiarkan sementara untuk memberi kesan terbakar pada arang tersebut.

kipas komputer yang disambungkan kepada power supply di sangkutkan di pintu angin dan dihidupkan secara berkala bergantung kepada situasi semasa.ia menghembuskan udara kedalam dapur dan membantu memarakkan pembakaran.

setelah bara agak terhasil, letakkan jaring dan ayam ke atas jaring, proses memanggang pun di mulakan.

projek ni agak mudah kerana hanya melibatkan barang terpakai di sekeliling rumah.
 ayam sedang dibakar/panggang
 di lobang inilah kipas disangkutkan untuk menghembuskan angin
 power supply komputer yang telah di ubahsuai untuk jadi pembekal arus 12v n 5v
 kipas yang diambil dari power supply rosak.
terlihat arah arus dinyatakan di body kipas asalkan penyambungan wirenya betul.

kos?
dapur arang - (jumpa)
jaring dawai - (lebihan diy lain)
arang - (rm12 harga beli tahun 2012 dulu)
fire starter - (rm 3 harga beli tahun 2012 dulu)
lighter - (jumpa)
kipas komputer - (amek dari power supply rosak)
power supply - (amek dari komputer rosak)
ayam di perap rapi - (beli di kedai dan di perap oleh puan)

Isnin, 23 Mac 2015

diy pasang span penapis udara motor kriss

hari ini sempena hari besar sultan dan permaisuri johor, kami sejohor bercuti.

aku pun seawal jam 8 pagi dah tercongok kat sebelah motor, tarik rantai motor yang sudah kendur dan memeriksa keadaan semasa motor kriss 120cc pemberian arwah dadyku.

baru2 ni aku mendengar bunyi dlm enjin lebih kuat dari biasa, mengikut pengalaman yg tak seberapa aku ni, ai mcm bunyi semasa aku buka span penapis udara, tapi motor ni mana pernah aku buka.

so bertemankan ank sulong yang sentiasa sibuk main sepana aku, aku membuka bakul dan coverset motor ni. setelah siap togel, aku pun mula mengeluarkan jantung ataupun kotak penapis udara.

kenapa panggil jantung?
sebab motor pertama aku adalah honda bulat jenis c70 lama yang carb dia psg trus ke blok tu.
penapis udara model motor tu berupa mcm jantung, tanpa penapis taw.

berbalik kepada kotak penapis udara motor kriss,

sebaik aku membuka skru pada kotak penapis udara ni, bunyinya begitu seragam, aku syak ia tidak pernah dibuka sejak dipasang di kilang modenas dahulu. virgin ni.
buka je terlihat jelas bahawa span penapis udara dah rompong, benda dah lama, so selama beberapa bulan ni mungkin motor ni dah menyedut udara tanpa tapisan, melalui carb trus ke kebuk pembakaran.

tak boleh jadi ni, trus aku ke kedai dan bertanya,
amboi, span comel tu rm10 harganya.

its ok, barang tu lu simpan semula. gua balik dengan hati yg lara.

aku mendapat satu idea, guna span basuh pinggan wife aku yang aku baru belikan sebundle di kedai eco rm2. kepada tokey kdai eco, ini bukanlah satu promosi untuk kedai anda. tapi memang barang di kdai eco ni, dlm kategori harga mampu beli.

kotak penapis tu pun dibasuh bagi membuang sisa span hancur yg masih ada.

span tu aku belah tengah2 biar agak sama tebal dengan span yg aku tengok di kedai motor tadi, dah siap belah, slow aku fixkan span tu ke lokasi sebenar penapis udara, potong sikit2 mana yang terlebih.

tadaaaa.......
dah ada span, so pasang lik cover span dan jaring penahan.
kenapa span 2 warna? sebab anak bujang aku bawa lari sebahagian dari span yg aku potong, adoi la nak....
jaring penahan ni aku lapisi dengan helaian tisu basah ank aku supaya jika ada habuk yg berjaya melepasi kawalan span tu, ia akan tersangkut pula di helaian tisu tu. nama je tisu basah, aku dah keringkan pun tisu tu.

dah siap pun diy kali ni,
so span penapis udara dah ada, sepatutnya fungsi penapis udara ni dah berjalan semula. 
aku pasang semula penapis udara ni kat motor dan start, lancar dan senyap sikit bunyinya.

maafkan aku motor sebab tak perasan masalah ni, kesian ko sedut habuk hari2.

kos?
span rm0.40
tisu basah sehelai.
masa dan tenaga.

penjimatan 
rm10.00 tolak rm0.40 = rm9.60

kenapalah span comel mcm tu sampai rm10, aku salah kedai ke?
apa pun, dah siap pun diy kali ini.

pengurangan itu satu kelebihan, kita mampu lakukannya.

Ahad, 22 Mac 2015

diy impianku

manusia suka berangan, idea dan impian.

aku pun suka.

Air Air-cond

aku pk, kalo lah air aircond yg biasa terbuang ke longkang, di tadah ke dlm satu kolam plastik,
dah jadi reserve air tu, boleh guna untuk tangki flush tandas, siram pokok, basuh kereta dan mcm2 lagi lah.
so dah kurang menggunakan air terawat. jimat kos.

seiring dengan kemajuan kenaikan harga barang, pengurangan kecil adalah satu kelebihan.
kita mampu memulakannya.

--------------------------------------------------------------------------------------------
Air paip.

kos rawatan air mahal, banyak proses terlibat dari air mentah di sungai sehingga ia sampai kepada pengguna.

kasihan mereka yg berkerja di pusat rawatan air, susah payah mereka merawat air sampai ia mampu diminum begitu sahaja bila sampai ke rumah, taw2 di guna untuk flush tandas dan mencuci kereta. mcm membazir kan?

seiring dengan kemajuan kenaikan harga barang, pengurangan kecil adalah satu kelebihan.
kita mampu memulakannya.

kalo la aku duk kampung,

  1. nak je aku sedut air perigi dan simpan kedalam tangki tadahan.
  2. semasa proses pam air ni ke tangki, ia akan melalui penapis dan sepatutnya agak bersih dari bahan terampai.
  3. nk double kompom, pasang dua filter.
  4. nk triple kompom, pasang tiga filter.
  5. tangki tadahan ni agak tinggi, atas siling la, standard la.
  6. sepatutnya air tu dah boleh digunakan untuk flush tandas, siram bunga, basuh baju, basuh pinggan mangkuk, basuh kereta motor lori bas, tukar air aquarium.

so air bersih terawat digunakan untuk memasak, minum dan mandi.
barulah ia lebih dihargai dan bermakna rawatan yang telah dibuat tu.

sekadar secebis angan2.
------------------------------------------------------------------------------------

berjalan dan merayap di hujung minggu membuka satu lagi angan2 baru,

membuat perabut rumah sendiri, ku perhatikan sekitar, banyal kayu pallet terbuang, bergelimpangan, tanpa pembelaan.

kalaulah aku kutip, sukat, potong, paku, buat kemasan dan cat, patutnya dah boleh jadi perabot seperti kerusi meja mkn, almari tv, cabinet dapur, rak buku dan beberapa item lagi yang belum berjaya saya pk buat masa ni.

angan2 dah ada, perlaksanaan tu bila?
---------------------------------------------------------------------------------

Ahad, 15 Mac 2015

Diy hiburan kecil di dalam kereta

salam semua,

saya adalah pengguna toyota ke70 DX dan kereta saya lahir pada tahun 1980.
dah 35tahun umo dia ye.

baru2 ni saya mengemas kereta dan terpandang radio kereta yg ada dalam kereta ni, mcm leceh je nak pakai, siaran payah dapat, mp3 pun gegor sikit dah repeat lagu.

sakit pula hati kita.

so laju2 cabut keluar radio dan konsol radio sekali, lapang sikit ruang dalam kereta.
ambil pula speaker komputer lama dlm almari dan lekatkan ke dashboard kereta dengan bantuan double side tape.
pakai speaker komputer ni senang, ada wire power dan wire jack 3.5 je.

so wire power tu cucuk ke pengecas(in car charger) dan jack 3.5 tu boleh cucuk ke majoriti hp. bergantung pula kepada device yang anda guna, macam saya pakai nokia c3, so ada mp3, video je lah.

hp pula boleh di letakkan begitu saja atau jika nak layan video, letak kat stand dia.
memang mudah sangat lah.



mcm hp ank saya ada video, gps, mp3. so easy kan, yg penting happy, sambungkan je ke mana2 device dan enjoy your journey.

kos?
speaker lama (rm10 kot beli dulu)
double side tape
pengecas rm2
phone holder.
kerajinan

kelebihan?
tidak menarik minat untuk di rembat.
tidak terlalu bising sebab speaker kecik je.
penggunaan letrik yg rendah (5v)
memberi lebih ruang.

kekurangan?
tak boleh nak pasang lagu kuat2 mcm orang pekak.
tak stylo.

tapi, tengok orang gak, ada yang rajin p sambungkan dengan power amp, so kereta dia lagi ompong, taw2 bunyi gempak je. huhuhu

kalau nak buat mcm ni, kena la buat elok2, elakkan pemotongan wire speaker jika speaker yg anda beli tu ada warranty, sebab jika dipotong dan tak bunyi, dah warranty terbatal.

Sabtu, 14 Mac 2015

Diy spray kereta

Aku adalah pengguna jentera toyota ke70 keluaran tahun 1980 dari variasa DX.
Semasa beli kereta ni tahun lepas, ia berwarna hijau, dalam ruang enjin tulis putih. Aku yakin owner lama tukar warna.
So aku pun cadang untuk memutihkan semula jentera ini.
How to do?
Bukan pakai produk kak ton ataw qu~puteh okey.....
Kita cat dia, setelah usha2 kdai cat, rm1600 paling murah, aduh. Out of budget la bang.
Trus?
Cat sendiri aja donk.
Aku try cat bonet belakang dgn spray tin, hasilnya memang menyakitkan hati memandangkan clear dan paint tak sama brand, so warna yg dh cantik tu jadi melekit bila kena panas matahari.
Ok.
Aku tukar plan, satu bonet dah 3 tin cat, mn tahan. tutak cite lg dgn GST dia.

Aku beli pula spray gun elektrik, jenama kumas. Boleh tahan harganya.
gun ni agak bising tapi ringan.
Aku beli ni yg paling murah punya.
1st try.
hasil dia mmg ok lah.
untuk teknik dan skill mengecat, di cadangkn rujuk di youtube, cari yg pro.
sila gosok dan basuh dahulu permukaan sebelum mula mengecat ye.
lapisan pertama aku guna campuran 50/50 kerana nak mixkn cat baru n lama dgn lebihkn sikit campuran thinner.
so warnanya tak lah merecik sangat, just buat tutup cat lama.
Lapisan kedua pula guna nisbah 75/25, kali ni naik warnanya. Wife pun ada tolong spray.
Biarkan kering selama 5 jam sebelum di sentuh.
aku mula mengecat jam 9pagi
kul 3ptg dah leh basuh.
selepas 5 jam aku jemur dia, barulah Basuh dan wax.
Barulah shine.
Kos?
Spray gun kumas rm65.
cat putih 2liter rm40.
thinner setin rm15.
kertas pasir rm3.
masa n tenaga.


untuk kemasan dan kelainan warna, sila guna kreativity sendiri
huhuhu

selamat mencuba.

Diy signal berkelip laju

Aku adalah pengguna jentera toyota ke70 kelahiran tahun1980. dah tua pun.

Baru2 ni ada masalah lampu signal belakang tidak berkelip dan lampu reverse tidak menyala.

so sesi bedah siasat dijalankan. Lampu reverse tidak menyala kerana tapaknya sudah hancur di mkn karat.
Mudah je, aku gantikan dengan mentol led, buh dua biji agar seimbang.
Gam dgn hot glue je. Selesai masalah.

Masalah lampu signal pula hampir sama, cuma karatnya tak teruk sangat. Gosok semula body mentol holder dan tukar mentol yg berkarat tu, mungkin mentol tu dari jepun. Sama2 datang malaya tahun 1980 dulu.

Selesai masalah.

Kos?
mentol led rm1.50,
mentol signal rm1.00,
Hot glue,
Masa n tenaga.

Sikit2 aku akan baiki kau wahai kereta.

Diy repair blower aircond

Aku adalah pengguna jentera toyota ke70 kelahiran tahun 1980 dari variasi DX.
Dah 35thn pun usia dia. Baru2 ni aircond dia fail, buka speed 3 pun slow je hembusan udaranya.
Setelah mengoogle aku buka la utk periksa, memang satu pun aku x faham.
Ok.
Cek punya cek aku dapati wiring blower dia amek letrik dari wire acc, direct. Kasihan wire tu. Patut la owner lama kata jgn buka blower fan sampai speed 3, kalo x fius putus.
Malas pk byk, aku tarik new Wire line, satu suis pergi dua relay, relay pertama adlh relay kipas kat depan.
Knape kipas di depan?
Sebab enjin ke70 ni guna kipas direct enjin, so kalo masuk bandar, stop di trafic light, risau temp naik, that y aku support dgn kipas elektrik ni.
Satu lagi relay adlh relay blower, ia ambil power direct batery masuk ke blower, so aku punya fius patut dah tak mudah terbakar.
Di suis blower ada 5 kaki dgn 3 speed, so satu input 12v, 3 output ke perintang dan satu output ke termostat.
Termostat akan berfungsi mengONkan compressor aircond dan akan mengOFFkan bila mencapai julat suhu yg di kehendaki. Biasanya aku tengok ekor termostat ni duk di muncung blower.
Perintang pula berfungsi untuk melaraskan kelajuan putaran blower untuk keselesaan pengguna. Biasanya perintang duduknya dalam blower(sejuk) kerana ia menghasilkan haba semasa digunakan.
So setelah melakukan wiring lengkap, litar di uji sebelum kemasan cable di lakukan.
relay yg aku gunakan adalah dari jenama hansa, murah sikit dari bosch.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Kini keta aku dah ada aircond semula. Esok nak kemaskan cable pula.


boleh juga buat mcm bawah ni jika nak jimat kos la, satu relay je pakai.