Jumaat, 13 Februari 2015

diy tukar cermin pintu ke70

assalamualaikum,

kembali lagi saya untuk meneruskan perjuangan berBLOG di sini.
dengan di temani isteri(puan) dan anak2(dua sudah), saya menulis blog ini seadanya,
segala yang kurang sudah pasti kelemahan sang makhluk(saya)
dan
segala manfaat yg anda perolehi dari blog ini, bersyukurlah kepada yang MAHA ESA.

ok
ia mengenai kereta toyota ke70 ku ini


kisah ini bermula semalam, setelah penat berkerja, balik rumah, nak lah bawa ank bini merayap, sekali selak cover kereta, adoi, berlubang sudah keretaku itu, palui mana yang punya kerja ini?


aku syak ini hasil kerja tangan sang pakistan si pemotong rumput sebab dia buat kerja asal boleh je, tak pk itu pusingan M3 ke M4, tau tenyeh je, sampai batu2 terbang ke mana pun tidak tahu.

so aku pun pergi membuat laporan pulis segera agar tindakan susulan dapat diambil(maybe).
kepada sesapa yg ada insurankan cermin kereta mereka, kes mcm ni kocik anak yo.

aku punya kereta tak de lak insuran cermin, so sad.

nak cari itu pakistan, gerenti jawapannya TADA JUGA.

so aku google la mencari kot2 ada sesapa sudi bantu, OMG...... sebelah tingkap mau rm300 taw, tekejut mak.

DO I CARE?


so segala sesi googling tamat pada jam 3 pagi, aku dh ngantuk sangat.

bangun pagi kepala jem, badan pun paneh semacam yo, apa lagi, terus amek leave.

berusaha bangun gak untuk membersihkan sisa kaca tu.
pakai cermin mata keselamatan siap2, supaya lebih kacak semasa buat kerja.
mula2 tanggalkan seat belakang,

 permukaan seat aku selotep supaya ank aku tak sentuh permukaan tu dan supaya kaca2 halus berjaya di perangkap keluar.


lepas tu sisa2 kaca aku sapu keluar slow2(nyah kau dari sini)


akhirnya kaca pintu aku bersihkan, masih dengan method selotep(tajaan mak mertua).
selepas sejam aku kerjakan suma kaca2 tu, bersih sudah, lega sikit.
so, what next?
mcm biasa aku pergilah usha2 barang ganti.
harga cermin tu di kdai sparepart memang tak boleh dengar lah,
you know i know lah.
so perjalanan di teruskan ke mount austin, johor.
di sinilah port sedap untuk dapatkan sparepart.
ronda2 dapat lah cermin tu, harga rm60, dah jimat rm240.
balik terus pasang, pernah ku tanya upah pasang cermin ni dalam rm40.
upah sahaja k, barang bawa sendiri.
totally dah jimat rm280.

cara pasang?
mula2

lepas tu buka tiga skru di sini

keluarkan batang tengah tu, hati2 ye semasa keluarkan, jangan merosakkan barang lain pula.
sila bersihkan sisa kaca yang ada di getah slider pintu tu.
turunkan slider cermin tu ke paras paling bawah.
masukkan cermin baru dari luar.
hati2 adjust sampai roller slider cermin tu masuk ke slot roller pada cermin baru tu, 
dah masuk?
naikkan sikit cermin dalam 1 inci supaya roller tu stabil duduk dalam slotnya.
hati2 masukkan semula batang tengah tu.
pasang semula skru dan jangan terus ketat
try gerakkan cermin tadi naik turun beberapa kali untuk menguji kelancaran pergerakan cermin baru tadi. 
tambahkan sikit minyak slider power window untuk melancarkan lagi pergerakan cermin tu.
dah mantap?
ketatkan skru tiga biji tu dan pasang semula door panel anda.
selesai sudah.

proses pemasangan ini mengambil masa 35minit sahaja jika tidak silap.
orang baru, kalo dah pro, lagi cepat kot.
apa pun, kepuasan dari hasil tangan sendiri lebih di utamakan.

kini, ke70 saya dah kembali ada cermin.

untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali, saya menambah cover di perbuat dari kotak sebelum selimutkan kereta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan