Ahad, 12 Julai 2015

Diy Sampul Duit Raya

assalamualaikum,

menjelang hari raya, berakhirlah puasa....
la la la laaaaaaa

pada hari raya, amalan kunjung mengunjung adalah di amalkan.
semasa aktivity inilah sedikit budaya CNY telah meresap,
apa ek?
Bagi ANG PAU lah, apa lagi...

its ok,
teringat masa kecik dulu, majority rumah yg kami p beraya, dapat seposen.
rumah yg up sikit, dua posen.
paling mantap 50sen.
biasa rumah tu kami repeat lagi sebelah petang.

dulu duit by hand je, sekarang dah ada sarung.
sarung plak bukan ayam2
10pcs = rm1.30
duit lagiiii
tu tak termasuk GST yg bakal d kenakan masa bayar nanti.

so di sini aku mengambil langkah2 HAJI BAKHIL...
buat sendiri.
so dengan menggunakan perisian zwCAD yg aku biasa guna untuk melukis semasa kerja, aku gunakan untuk melukis wire frame ang pau ni dan menambah sedikit gambar.
then print
sampul ni aku design ngam dengan saiz duit singgit je, jimat kertas...kot.
sehelai a4 boleh dapat dua keping sampul, ok lah tu.

so potong2 dan gam, dah boleh pakai,
wat pe nak mahal2, buat sendiri pun cantik gak,
bebudak x pedulik sangat sampul ni, yg penting, ISINYA.....

kos?
di sebabkan print sendiri dan ink plak aku pakai CISS
anggaran modal dalam 1sen/sampul.

aku percaya korang suma lebih kreatif dari aku, aku buat ni basic sangat...
tapi boleh lah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan