Ahad, 12 Julai 2015

Diy Oil Catch Bottle

assalamualaikum,

bertemu lagi kita dalam siri diy saya.
macam biasa, saya punya diy ni bukan boleh diikut sangat sebab tak mengikut spesifikasi yg melayu suka sebutkan sebagai STANDARD.

kali ni saya membuat sebuah alat yg pada asalnya bernama oil catch tank
tapi saya guna botol je pun, so nama jadi lah oil catch bottle.

fungsinya adalah untuk menangkap minyak yg melaluinya. alat ini dipasang antara head enjin dgn kotak penapis udara. saluran ini asalnya pendek je sebab ia berdekatan. saluran ni membawa tekanan dari dalam enjin ke bahagian carb. itu yg saya faham lah. penerangan lanjut buleh tya kat miss google.

so, semasa penghantaran tekanan tadi, ada juga titis2 minyak halus yg berterbangan bersama menuju ke carb, ini mengotorkan carb dan buleh menjahanamkan carb(pada pendapat sayalah)

sebab tu mereka design alat ni dan saya hanya meniru design mereka dan memurahkan lagi mana yg boleh murah.

bahan2
-botol air minuman(jumpa)
-kertas pasir.
-sebatang hot glue(rm0.20)
-tubing gas masak(rm2.12 include gst)

cara2nya
-tebuk lobang pada bontot botol tu untuk masukkan tubing
-kasarkan sekeliling lobang n tubing dengan kertas pasir
-masukkan tubing dan seal dengan hot glue gun
-setelah glue tu sejuk, bawa ke kereta
-buka tubing lama dan bersihkan punat masuk tubing tu
-masukkan tubing ke punatnya dan ikat dengan alat yang sesuai
-ikat bottle dengan cable tie untuk mengemaskan kedudukannya.

fa-daaaa
dah siap pun
sekali tengok dah taw apa macam mau bikin kan..
kalo dah buat boleh lah share sikit pic dgn saya ye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan