Isnin, 6 April 2015

Diy tukar fuel filter

Assalamualaikum,

bersua lagi di sini.
sebagai pengguna kenderaan lama, aktivity tukar2 barang ni dan jadi mcm satu keperluan untuk melakukannya sendiri.

apa itu fuel filter(penapis bahan api)?

Penapis bahan api adalah penapis yang menapis keluar kotoran dan zarah karat  daripada bahan api , biasanya dibuat ke dalam kartrij yang mengandungi kertas turas .

Penapis bahan api perlu digantikan pada jangka masa yang tetap . Ini biasanya hanya menanggalkan sambungan penapis dari tubing bahan api dan menggantikannya dengan yang baru , Jika penapis tidak diganti selalu ia boleh menjadi tersumbat dengan pencemaran dan menyebabkan sekatan pada aliran bahan api , menyebabkan penurunan ketara dalam prestasi enjin seperti enjin bergelut untuk menarik bahan api yang cukup untuk terus berjalan seperti biasa.

kasihan enjin kita nanti, takut akan menjejaskan fuel pump pula nanti.

so pagi tadi saya dah memeriksa fuel filter saya dan mendapati ada daki dalam tu dan tubing juga sudah keras, so sebelum tubing tu retak, baik di gantikan.

kos?
tubing 3 kaki = rm 7.50
fuel filter = rm5
termasuk gst = rm13.20

saya juga sudah menggantikan fuel pump saya, set baru khas untuk enjin 4k, rm50 tidak termasuk gst.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan