Ahad, 12 Julai 2015

Diy Tukar Minyak Axle & speedgear

Alhamdulillah,

bertemu lagi kita,
ada sikit lagi pluang menulis dalam siri DIY aku yg ngarut ni

adapun sumber maklumat dan inspirasi aku menDIY ni datangnya dari Allah melalui medium internet.

menjelang hari raya aku memandu kesana sini mendapatkan bahan2 mencukupkan keperluan nak raya.
terasa ada kelonggaran dan ketidak sedapan dalam penukaran gear.

sejenak termenung dan memikirkan, rupanya dah setahun aku x usha2 minyak gear.
aduh, trus aku p mendapatkan minyak
repco ep140 untuk axle
nasa ep 90 untuk speed gear
dan gear oil treatment dari jenama nasa

nilah pengalaman pertama aku buat benda ni memandangkan tahun lepas aku buat benda ni mencecah rmxxx
so tahun ni aku nak buat sendiri demi menjimatkan kos di zaman GST ni.

bahan2

  1. minyak2 di atas
  2. white tape
  3. sepana box 24
  4. sepana 19
  5. jek 2 biji
  6. rim 2 biji
  7. kayu 2x4 6pcs
  8. botol sos
  9. getah paip agak2 dua hasta
  10. calung
  11. secubit kesabaran


memula aku buat minyak axle memandangkan ia mudah di capai
baring je dah buleh kerjakan.

  1. pastikan anda membuka skru masuk minyak dahulu sebelum membukak skru buang minyak.
  2. kenapa?
  3. coba kalian pikirin, jika minyak dah kluor, then skru masuk minyak x leh buka, mcm mana nak heret keta tu p pomen?
  4. biarkan minyak lama minitis habis sebelum menutup skru kluar minyak.
  5. aku biarkan sejam.
  6. balut skru anda dengan white tape sebelum pasang semula dan pastikan skru yang ada magnet berada di lobang minyak keluar.
  7. supaya habuk2 besi dapat di tarik oleh magnet tersebut
  8. pasang semula skru untuk lobang minyak kluar.
  9. aku pam sikit gear oil treatment kedalam sebab bakinya untuk kotak speed gear.
  10. masukkan minyak ep140 kedalam botol sos dan pam ke dalam melalui lobang masuk minyak.
  11. botol pertama anda boleh hantam pam laju2.
  12. botol kedua perlukan sedikit kesabaran sebab kena perhatikan minyak meleleh, tu tanda dia dah penuh.
  13. dah meleleh, sila psang semula skru masuk minyak dan boleh drive sekitar 1km dan periksa semula paras minyak untuk double kompom.

selesai pun bab minyak axle, so lps ni minyak speed gear pula.









Diy Sampul Duit Raya

assalamualaikum,

menjelang hari raya, berakhirlah puasa....
la la la laaaaaaa

pada hari raya, amalan kunjung mengunjung adalah di amalkan.
semasa aktivity inilah sedikit budaya CNY telah meresap,
apa ek?
Bagi ANG PAU lah, apa lagi...

its ok,
teringat masa kecik dulu, majority rumah yg kami p beraya, dapat seposen.
rumah yg up sikit, dua posen.
paling mantap 50sen.
biasa rumah tu kami repeat lagi sebelah petang.

dulu duit by hand je, sekarang dah ada sarung.
sarung plak bukan ayam2
10pcs = rm1.30
duit lagiiii
tu tak termasuk GST yg bakal d kenakan masa bayar nanti.

so di sini aku mengambil langkah2 HAJI BAKHIL...
buat sendiri.
so dengan menggunakan perisian zwCAD yg aku biasa guna untuk melukis semasa kerja, aku gunakan untuk melukis wire frame ang pau ni dan menambah sedikit gambar.
then print
sampul ni aku design ngam dengan saiz duit singgit je, jimat kertas...kot.
sehelai a4 boleh dapat dua keping sampul, ok lah tu.

so potong2 dan gam, dah boleh pakai,
wat pe nak mahal2, buat sendiri pun cantik gak,
bebudak x pedulik sangat sampul ni, yg penting, ISINYA.....

kos?
di sebabkan print sendiri dan ink plak aku pakai CISS
anggaran modal dalam 1sen/sampul.

aku percaya korang suma lebih kreatif dari aku, aku buat ni basic sangat...
tapi boleh lah..

Diy Oil Catch Bottle

assalamualaikum,

bertemu lagi kita dalam siri diy saya.
macam biasa, saya punya diy ni bukan boleh diikut sangat sebab tak mengikut spesifikasi yg melayu suka sebutkan sebagai STANDARD.

kali ni saya membuat sebuah alat yg pada asalnya bernama oil catch tank
tapi saya guna botol je pun, so nama jadi lah oil catch bottle.

fungsinya adalah untuk menangkap minyak yg melaluinya. alat ini dipasang antara head enjin dgn kotak penapis udara. saluran ini asalnya pendek je sebab ia berdekatan. saluran ni membawa tekanan dari dalam enjin ke bahagian carb. itu yg saya faham lah. penerangan lanjut buleh tya kat miss google.

so, semasa penghantaran tekanan tadi, ada juga titis2 minyak halus yg berterbangan bersama menuju ke carb, ini mengotorkan carb dan buleh menjahanamkan carb(pada pendapat sayalah)

sebab tu mereka design alat ni dan saya hanya meniru design mereka dan memurahkan lagi mana yg boleh murah.

bahan2
-botol air minuman(jumpa)
-kertas pasir.
-sebatang hot glue(rm0.20)
-tubing gas masak(rm2.12 include gst)

cara2nya
-tebuk lobang pada bontot botol tu untuk masukkan tubing
-kasarkan sekeliling lobang n tubing dengan kertas pasir
-masukkan tubing dan seal dengan hot glue gun
-setelah glue tu sejuk, bawa ke kereta
-buka tubing lama dan bersihkan punat masuk tubing tu
-masukkan tubing ke punatnya dan ikat dengan alat yang sesuai
-ikat bottle dengan cable tie untuk mengemaskan kedudukannya.

fa-daaaa
dah siap pun
sekali tengok dah taw apa macam mau bikin kan..
kalo dah buat boleh lah share sikit pic dgn saya ye...

Diy Ketupat Nasi/Nasi Impit

assalamualaikum,

menjelang syawal, banyak kos yg di keluarkan untuk mencukupkan segalanya.
so jika boleh berjimat dalam zaman GST n PEMOTONGAN SUBSIDI ni, itukan lebih menarik.

so, dari kita duk perabih duit bg kat tokey2 ketupat segera yg biasanya bukanlah muslim walaupun produknya berCOPkan masjid bagai. Baik buat sendiri

bahan2nya mudah saja.
beras

plastik kecik
garpu plastik
penimbang
stapler / seal

cara2nya pun sangat mudah
-amek garpu plastik n patahkan giginya
-ambil sebatang giginya n cucuk lah plastik kecik tu untuk membuat lobang
-lobang tak perlu beso sangat, ala2 je

-then isikan plastik blobang tadi tu dengan beras

-sukat beratnya agar kepadatan semua nasi impit nanti sekata.

-plastik yang saya gunakan ni adalah sesuai n mantap dengan beras sebanyak 45gram sebab saya guna plastic seal
-seal


-jika guna stepler, boleh dikurangkan sikit gramnya sebab nanti kena lipat sikit plastik tu sebelum stepler.
-setelah siap, apa lagi nak buat?
-masuk dalam plastik besar dan seal atau masak terus.
-memandangkan raya lagi seminggu, saya masuk plastik dululah.
-semasa rebus nnt, jgn lupa letak daun pandan, nak bagi wangi.

selamat mencoba....

Diy Cucuq Bergedil

assalamualaikum

berjumpa lagi kita dalam blog yg x seberapa ni

resepi mengarut aku kali ni di namakan cucuq bergedil
pasai pa?
pasai dia ni bergedil gak cuma agak kecik x sedap d lantak begitu saja.

bahan2 simple je
-5 biji ubi kentang rebus yang dilenyek.


-sebungkus maggi ayam/kari
- serbuk lada hitam
-bawang merah seulas di dadu
-bawang puteh dua ulas di dadu
-daging rebus potong dadu



cara2nya sangat mudah.
-megi tu masak tanpa perencah, toskan airnya

-kentang lenyek tu gaul dengan megi dan bahan2 lain tu.

-masukkan perencah megi sebagai bahan perasa

-gaul n adun bahan tadi

-kepalkan dan tekan2 pagi penyek sikit
-saiz kecik2 je sebab nama pun cucuq

sebelum goreng,
boleh standbykan tepung mcm nak buat pisang goreng
atau pun telur yg dipukul
ikut mana korang senang lah

bahan yg dikepal tadi dah boleh di celup dalam tepung/telur td dan di goreng


gorengnya pun x lama, agak2 kuning je

siap, ready to eat.
bila berbuka nnt...

bukan susah mana pun...