Sabtu, 27 Jun 2015

Diy cuci plug

apa tu, mcm kedekut sangat je sampai x mau tukar plug.
bukan kedekut, benda ni selagi boleh guna kenapa perlu dibuang.

bahan yg digunakan pun senang dapat, air coke dan berus dawai, dua ni boleh dapat dari kedai eco.
murah sahaja.

mula2 rendamkan plug lama anda kedalam air coke ni agak2 semalaman, masa ni motoran degil sedang dikerjakan oleh air coke tu supaya keluar.

selepas semalaman berendam, sila keluarkan dan keringkan sekejap sebelum diberus dengan berus dawai untuk membersihkan gap.

gunakan kreativity anda untuk mencuci dalam plug dan saya menggunakan dawai untuk korek2 dalam tu.
guna kertas pasir untuk bersihkan permukaan gap.

kemudian bersihkan permukaan luar untuk menyedapkan lagi mata memandang.

adjust gap plug anda menggunakan slip gauge.
saya hanya adjust menggunakan pisau sebagai gauge kerana pisau saya berketebalan 0.8mm
saya telah periksa di internet dan gap plug untuk ke70 adalah 0.8mm

selamat mencoba dan berjimat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan