Sabtu, 27 Jun 2015

Diy cuci plug

apa tu, mcm kedekut sangat je sampai x mau tukar plug.
bukan kedekut, benda ni selagi boleh guna kenapa perlu dibuang.

bahan yg digunakan pun senang dapat, air coke dan berus dawai, dua ni boleh dapat dari kedai eco.
murah sahaja.

mula2 rendamkan plug lama anda kedalam air coke ni agak2 semalaman, masa ni motoran degil sedang dikerjakan oleh air coke tu supaya keluar.

selepas semalaman berendam, sila keluarkan dan keringkan sekejap sebelum diberus dengan berus dawai untuk membersihkan gap.

gunakan kreativity anda untuk mencuci dalam plug dan saya menggunakan dawai untuk korek2 dalam tu.
guna kertas pasir untuk bersihkan permukaan gap.

kemudian bersihkan permukaan luar untuk menyedapkan lagi mata memandang.

adjust gap plug anda menggunakan slip gauge.
saya hanya adjust menggunakan pisau sebagai gauge kerana pisau saya berketebalan 0.8mm
saya telah periksa di internet dan gap plug untuk ke70 adalah 0.8mm

selamat mencoba dan berjimat.

Diy baiki pintu tak boleh buka

assalamualaikum,
biarpun ada yang bosan baca blog saya ni, x pe, x kisah pun, janji saya dapat menaip pengalaman tak seberapa saya di sini.

sejak memiliki kereta ke70 DX ni, ia dah ada masalah yang sama dengan ke70 GL saya dulu.
masalah pintu tak boleh di buka dari dalam, hanya di sebelah driver.

hari ni saya ada sikit kelapangan dan semangat menginvestigate.

membuka panel pintu kereta agar saya dapat melihat struktur mekanisma pintu ni, sebenarnya beberapa bulan lepas saya dah buka gak, cuma masa tu belum ada ilham.

setelah di belek2, saya mendapati pembuka dari luar memang tiada masalah dan pembuka dari dalam mcm tak sampai ke level membuka walau pembuka di adjust le level maksima.

bila pembuka pintu dari dalam di tarik, ia akan menggerakkan satu besi sebagai tuas untuk mengangkat besi pembuka dan besi pembuka inilah yg telah haus.

semasa pintu ini baru di pasang, besi pembuka sepatutnya berkeadaan baik dan mantap mcm ni.
namun atas dasar sifat semulajadi bahan yang menghaus seiring masa yg berlalu, keadaan dia dah mcm ni sekarang.
kesian kan?
aku pun carilah wire lama dan buh dalam lekuk tu sebagai penyendal supaya ia berfungsi semula.
penyendal tu di letakkan secara bersahaja dan ia ngam2 masuk,
sekarang pintu driver dah boleh di buka dari dalam.
alhamdulillah.

modal diy kali ni hyalah ilham dari yang maha Esa dan sedikit kerajinan psal nak kena buka pasang panel pintu kereta yg semestinya leceh kepada beginner.
tak buat tak tahu.
pintu ke70 saya yg dahulu saya tak repair sebab rm100 tokey tu minta untuk tukar satu set. rupanya tak perlu tukar, perlu buat sikit trick je.

jimat.

Diy touch-up cat

assalamualaikum,

bertemu lagi kita di dunia maya ini, kaya sebagai pengguna kereta lama, dengan budget yg ciput.
di tambah lagi dengan cukai2 penggemuk pihak tertentu, makin kurus lah poket pihak2 tertentu.

semasa proses touch-upcat kereta, anak saya tak sengaja menspray cat putih ke side mirror dan perkara ni hya di sedari setelah 3 bulan, sikit je pun.

so tadi saya dah bukan dan bawa naik side mirror tu.



nak spray hitam semula nak kena beli spray lagi,
dah brapa kos suma tu, nak pakai sikit je pun.
apa lagi alternatif yang ada?
di sebabkan side  mirror ni warna hitam, saya gunakan permenant marker untuk menghilangkan bintik2 putih tersebut.

 alhamdulillah,
siap pun touch-up kita, modal sini 20sen je pasal dulu saya beli marker pen ni sekotak rm2 di kedai eco. tu pun pakai sikit je, bukan habis sebatang marker pun.

terserlah kehitaman dia semula.

selain tu jika ada mana2 bahagian cat kereta yg warna hitam dan tercela warna hitamnya, boleh la touch-up dengan marker hitam ni.

dah kurang belanja di situ.

pengurangan satu kelebihan, kita mampu lakukannya.